Saturday, 25 February 2012

~ mencari DIA dihatiku ~


seringkali aku berfikir

di mana DIA dihatiku?

di mana kiranya harus ku cari?

di segenap lapis bumi?

pada setiap titisan embun pagi?

atau pada desiran ombak yang tak bertepi?

teruskan hayun langkah kaki

mencari pada setiap pelusuk bumi

mencari sesuatu yang sudah pasti

ia...

sesuatu yang sudah pasti

pasti aku kan menemui Rabbi

dalam sudut kecil hatiku ini

jika jalanNYA aku tujui

jika akhiratNYA ku impi

jika kasih sayangNYA tak bertepi

pada jasad dan roh yang sudah pasti milik ILLAHI


2 comments:

  1. wah.....tumpang lalu...!! semoga apa yg hendak di cari jumpa kelak...

    ReplyDelete
  2. insya'Allah.... DIA dah di temui....

    ReplyDelete