Saturday 26 March 2011

~ PeRtEmUaN PeRpIsAhAn ~

YA ALLAH........................
sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu adalah nikmat dari-MU....
dari pertemuan & perpisahan juga terjalin sebuah ikatan UKHUWAH....
alangkah manisnya dalam ikatan tersebut jika kami
saling kasih kerana-MU,
saling sayang kerana-MU,
saling rindu kerana-MU.....



YA ALLAH.........................
biarlah pertemuan ini membuahkn ukhuwah yang manisnya berkekalan...
biarlah perpisahan ini menjadikan kami redha dengan ketentuan...
agar kami tahu bahawa setiap pertemuan & perpisahan ini bukanlah untuk selamanya...
tapi hanya sebentar cuma....



YA ALLAH..........................
ikhlaskanlah hati-hati kami agar tetap bertaut di dalam setip bait-bait doa yang kami pohon...
tatkala jasad terpisah jauh mencari hala tuju nan SATU.....
iaitu ISLAM.......





~ MoGa uKHuWaH YaNg TeRBiNa DiSuLaM iKhLaS KeRaNa DaN DeMi ReDHa-NYA ~



buat kak tim, kak sal, mai dan sahabiah2 semua.....
jika pertemuan kita terhenti di sini sahaja, moga Allah temukan kita di FirdausNYA... amin...
rindu ini membuatkan hati ini selalu menuntut perkhabaran dari kalian....



SaLaM uKHuWaH FiLLaH aBaDaN aBaDa~.............................




~alatiahaudy~

Saturday 19 March 2011

~ DuNia HaNYa TeMPaT MeNaNaM ~

KALAULAH engkau sedar akan mati,
engkau akan bersedia hidup untuknya....


JIKA engkau tahu Negara Abadi itu tidak akan ada
usaha ikhtiar lagi,
nescaya engkau akan berusaha di dunia ini,
di sana kamu makan hasilnya....


JIKA engkau sedar mati itu datang tiba-tiba,
mungkin hidup untuk besok pun
belum tahu ada lagi,
nescaya urusan Tuhanmu itu tidak
ada penangguhannya....


JIKA kamu belum tahu apakah Syurga
atau Neraka itu tempatmu,
nescaya tidak ada masa 
untuk kamu ketawa,
nescaya kamu akan bermandi
dengan airmata....


JIKA kamu kenal dirimu sendiri,
tidak akan sempat kamu melihat
kesalahan orang lain,
betapa pula untuk menceritakannya....


JIKA kamu tahu tiap-tiap haram itu
Neraka padahnya,
yang halal itu akan diperiksa,
nescaya kamu akan berzuhud
di dunia ini.....


JIKA kamu tahu penderitaan AKHIRAT,
nescaya penderitaan di dunia ini tidak
menyusahkan kamu....


JIKA kamu tahu betapa nikmatnya Syurga itu,
kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia....


" sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada Allah kami akan dikembalikan "



wallahhu'alam........


sedikit coretan 04:36:58 a.m.......

Friday 18 March 2011

~ PeNYaKiT LeuKeMia ~

* Ahmad Akmal ketika berusia 1 tahun 8 bulan.....

Pada tahun 2002, penyakit ini telah menyerang arwah adik... Bermula dari bulan 4 sehingga bulan 11 tahun yang sama... Masa terasa amat singkat... Setiap detik membuatkan rasa lebih bermakna... Kami buat jadual untuk menjaganya setiap hari di hospital... Sehinggakan adik bongsu ketika itu berusia 2 tahun setengah, terpaksa Ummi tinggal-tinggalkan demi menjaga arwah adik... Pada akhir bulan 10, doktor kata arwah adik tidak boleh di ubat lagi... Doktor jangka hanya tinggal 2 minggu sahaja untuk dia bertahan... Tapi alhamdulillah, dia bertahan sehingga 4 minggu... Sempat lagi dia berpuasa bersama-sama kami walaupun ketika itu keadaan dia teramat tenat... KetetapanNYA tak dapat kita tolak... Pada jam 2.15 pagi; 25 ramadhan 1423H/30 november 2002 dia telah kembali kepadaNYA ketika usianya menjangkau 7 tahun 7 hari... Pahit maung di tempuhi... Manisnya terasa tatkala ujian Allah di terima dengan redha... (23/11/1995 - 30/11/2002)
Tahun ini, sejarah berulang kembali pada diri tatkala mendapat berita bahawa teman seperjuangan mengalami penyakit yang sama dengan arwah adik... Doktor juga telah memberi kata putus, peluang untuk survive hanya 25% sahaja... sesungguhnya, pertemuan yang sebentar itu mampu mencipta sejuta kenangan (2000 - 2011)... teman, terimakasih kerana hadir di saat diri ini memerlukan, hadir ketika jiwa ini perlukan ketenangan... Allah memang Maha Adil meletakkan hak-hak hambaNYA.. terimakasih ya Allah.... Teman ini juga telah pergi menghadap Illahi ketika diri ini masih memerlukan teman usrah sepertinya.... (20/06/1988 - 01/04/2011.... semoga roh mereka di tempatkan di tempat orang-orang yang soleh... amin ya Rabb....


Ada sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan bersama berkaitan penyakit ini... Moga dengan sedikit ilmu ini, kita dapat manfaat darinya...




PENGENALAN KEPADA LEUKEMIA

       
Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.
       
Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.
       
Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing :



Jenis sel darah dan fungsi
JENIS SELFUNGSI
Sel darah merah (eritrosit)












  • Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru.

























  • Memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi















  • Sel darah putih (lekosit)












  • Bertugas untuk melawan penyakit.



























  • Merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.















  • Platlet darah (trombosit)












  • Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah.

























  • Membantu dalam pembekuan darah.














  •        


    Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).
           


    Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.





    SEL LEUKEMIA
           

    Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.




    JENIS LEUKEMIA
           

    Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akut berlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda(immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.
           

    Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.
           

    Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.






    LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU
    1.  Leukemia limfositik akut
      • Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.
    2. Leukemia mielositik akut
      • Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.
    3. Leukemia limfositik kronik
      • Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.
    4. Leukemia mielositik kronik
      • Biasanya menyerang orang dewasa.




    TANDA-TANDA YANG SERING BERLAKU

    Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :
    1. anemia - pucat, letih dan pendek nafas
    2. mudah jatuh sakit
    3. sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
    4. purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
    5. mudah lebam
    6. hidung kerap mengalami pendarahan
    7. hilang nafsu makan dan turun berat badan
    * Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.






    Ini sedikit sebanyak mengenai penyakit leukemia... Jumpalah pada yang pakar jika nak mengetahui dengan lebih lanjut...
    Sekian untuk kali ini... Apa yang baik datangnya dari Allah SWT... Apa yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya...




    Wallahu'alam....


    ma'assalamah....


    Thursday 17 March 2011

    ~ TaNDa-TaNDa SeBeLuM KeMaTiaN ~

    TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN

        * Getaran badan berlaku, lazimnya berlaku waktu asar.
        * Bagi mereka yang mengingati mati, getaran itu akan berhenti serta-merta......



    TANDA 40 HARI

        * Bahagian pusat akan bergetar/sakit selepas waktu asar (menandakan daun yang tertulis nama kita jatuh di Luh Mahfuz).
        * Malaikat Izrail mula bersedia & akan mengikut kita.
        * Jika kita dapat membayangkan pasal kematian itu, beruntunglah dia.....



    TANDA 7 HARI

        * Orang sakit yang tidak makan, tiba-tiba berselera untuk makan apa sahaja....



    TANDA 3 HARI

        * Denyutan pada tengah dahi.
        * Jika tanda itu diketahui, berpuasalah.
        * Mata hitam tidak akan bersinar lagi.
        * Hidung akan perlahan-lahan jatuh.
        * Kaki bila berlunjur akan turun.....



    TANDA 1 HARI

        * Selepas asar, denyutan belakang ubun-ubun, tulang belakang....



    TANDA AKHIR

        * Sejuk dipusat sampai pinggang & seterusnya naik ke halkum.
        * Mestilah mengucap 'dua kalimah syahadah'
        * Dan berdiam diri menunggu malaikat Izrail membawa kita kembali ke rahmatullah.....



    *sekadar peringatan buat diri dan juga sahabat2 sekalian*



    wallahu'alam.....

    Wednesday 16 March 2011

    ~ MeNiTi JaNJi ALLAH SWT ~

    Rasulullah SAW pernah bersabda :


    " telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan(Khulafa' ar Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya, lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit(Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudiannya Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman(Zaman Pemerintahan Diktator), dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan(Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian."

    Zaman Kenabian(Nubuwwah) dan Zaman pemerintahan Khulafa' ar Rasyidin yang diistilahkan sebagai Zaman Ummah Pertama telah berlalu. Kini Islam berada dalam Zaman Fitnah. Tanda-tanda sudah menunjukkan ia juga akan berakhir. Buktinya, kebangkitan Islam semakin hari semakin rancak di Timur dan Khurasan. Ia menjadi petanda hampirnya Zaman Ummah Kedua.....


    Apakah jalan keluar ketika menghadapi kerosakan di akhir zaman ini??

    Pesan Rasulullah SAW: "...carilah kamu pada jemaah Muslim dan taatilah pemimpin mereka."

    Lalu, kepada siapakah lagi umat Islam hendak serahkan harapan dan pembelaan. Bila lagi pembela akan tiba??


    Wallahu'alam.......

    Sunday 13 March 2011

    ~ iSTiKHaRaH iNi ~


    ISTIKHARAH ini membuatku lebih yakin dengan-NYA…
    ISTIKHARAH ini membuatku redha akan ketentuan-NYA…
    ISTIKHARAH ini membuatku ingin lebih dekat pada-NYA…
    ISTIKHARAH ini membuatku lebih memilih apa yang diberi oleh-NYA…


    Ya Allah…Betulkanlah hatiku… agar ia ikhlas selalu…
    Tetapkanlah hatiku… agar ia tidak tergugat dengan ujian yang menimpa…

    Ya Allah…Engkau yang Maha membolak balikkan hati…
    Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah….
    Agar diri ini lebih tabah…
    Janganlah Engkau bolak balikkan ia… Ya Allah…

    Ya Allah…
    Engkau mengajarkanku bahawa…
    CINTAMU lebih hebat dari segalanya…
    CINTAMU lebih mulia dari segalanya…
    CINTAMU lebih agung dari segalanya…

    Ya Allah…Terima kasih Ya Allah….
    Engkaulah sebaik-baik PENCINTA…

    ~ MeNaNTi Doa BeRSaMBuT ~

    MENGAPA permintaanku masih belum diperkenankanNYA? doa bagaikan tidak brsambut.... rintihan dan munajat bagai tidak kesampaian....
         * kerana DIA masih mahu terus mendengar rayuan dan rintihanmu...




    tapi sampai bila???
        * sampai engkau terima, bahawa apa yang diinginkan oleh Tuhan itulah yang terbaik untukmu...




    tapi bukankah aku layak untuk berdoa dan bukankah Tuhan suka hamba-hambaNYA berdoa???
        * ya, tapi berdoa dengan hati yang merendah, yang tahu diri itu hina dan lemah. kerana yang kuat, yang mampu hanyalah DIA. maka padaNYA kita meminta...
    ibarat seorang pesuruh istana, tanpa adab sopan, menerjah ke ruang istana, meminta-minta pada sultan, mungkinkah akan diperkenankan? fikirkanlah.....




    tapi aku amat memerlukan, kerana itu aku meminta-minta, merayu-rayu.....
        * berdoalah, merayu-rayulah terus, merintih dan adukanlah segalanya yang menjadi kesulitan hidupmu pada DIA yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. jadilah seperti pesakit yang mendedahkan segala derita dan penyakitnya kepada doktor. urusan ubat, bukan pesakit yang tentukan, tapi doktor.....




    jadi???
        * yang kita rasa perlu untuk kita, belum tentu itu yag Tuhan mahu untuk kita. boleh jadi, apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik buat kita. dan boleh jadi pula apa yang kita sukai itulah yang tidak baik untuk kita. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, sedangkan kita lemah lagi jahil. terimalah ketentuan Tuhan itu sebagai sahutan dari munajat dan doamu......

    _ayu 1996_



    wallahu'alam......

    ~ SeBuaH KeHiDuPaN ~

    HaNYa SaTu DaLaM SeRiBu....
    WANITA umpama bunga,
    cantik menawan,
    indah di mata,
    disenangi nafsu yang solehah...
    senang dimata,
    tenang di hati,
    hanya satu dalam seribu,
    umpama bunga segar dan mekar
    di tengah padang rumput yang tandus.......



    KeRaNa KeRDiLNyA DiRi....
    kerana lemah dan kerdilnya insan,
    tidak terlihat Maha Agung dan Maha Besarnya Tuhan....
    sedetik bergerak,
    sesaat bernafas,
    sesuap makan,
    manakan mampu tanpa izin dan kudrat dariNYA.....


    uMPaMa BuiH Di PaNTai....
    hari ini....
    malu mereka telah menghilang,
    harga diri mereka semakin mengurang,
    maruah diri semakin terbuang,
    tiada beza diantara mereka....
    lantaran IMAN semakin menipis,
    dari hati atau barangkali
    sudah semakin terkikis,
    kalau ada...
    hanya iman senipis kulit bawang,
    umpama buih-buih di pantai,
    mudah hanyut dan hilang
    walau dilanda ombak kecil......



    ~MaDaH GuRuKu ~

    Monday 7 March 2011

    RaHmaT PaDa uJiaN

    ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH......


    Ujian... tidak ada orang yang boleh lari darinya. tidak ada orang yang sengaja nak menempah ujian sebab bila datangnya ujian, kita akan susah dan menderita. dan silap-silap 'gaya' kalau tidak ada kekuatan dalaman, akan hilang bahagia. sebab itu ada yang sanggup bunuh diri dan membunuh orang lain semata-mata kerana nak lepaskan diri dari ujian atau tunjuk perasaan kerana gagal dalam ujian.....




    Ujian... ada macam-macam 'spesis'nya. ada yang besar, ada yang kecik. ada orang boleh lepas dari 'accident' jalan raya, tapi mungkin kena dera oleh isteri di rumah dengan 'kuliah' marathon yang berjela-jela. ada yang boleh terlepas dari kemiskinan, hartanya bergedung-gedung, tapi mungkin berpenyakit jantung. ada yang berbangga kerana namanya disanjung dek kekayaan dan pangkatnya, tapi rasa susah juga bila di uji sekelilingnya pendendam, pemarah, kedekut, penipu, korup, mementingkan diri sendiri dan lain-lainnya. pokok ceritanya, semua tak terlepas dari ujian.....




    Kalau ada orang yang selalu 'miss' dengan perintah Allah, maka ujian tu sebenarnya merupakan satu 'signal' dariNYA. kot-kot kita sedar dan insaf. ada orang yang insaf dari kelalaiannya dan terus bertaubat bila ditimpa ujian. begitulah manusia, selalu terleka dan terlupa.....




    Tapi ada juga yang makin diuji Allah, makin lalai dan jauh dari Allah. hakikatnya ujian untuknya itu merupakan satu bala, bukannya rahmat. kalau ujian itu rahmat, mesti dia akan perbaiki dirinya. jadi, setiap ujian yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi begitu saja. ambillah di sudut kebaikannya.....




    Tapi nak jadi orang yang berjiwa kematu dengan ujian bukanlah senang. kadang-kadang terkena ujian kecik pun dah melatah. sebenarnya kita kena sedar siapa yang mendatangkan ujian tersebut. kalau kita sedar bahawa Allah yang datagkan ujian itu, taklah kita berkeluh kesah hingga hilang bahagia. yang terbaiknya kita suluh diri sendiri, mengapa Allah uji kita. apakah dosa kita yang menyebabkan Allah datangkan ujian. samada dosa dengan Allah atau dosa dengan manusia. lepas tu beristighfar banyak-banyak. mudah-mudahan redhanya kita dengan ujian tu akan mengundang pengampunan dariNYA. atau moga-moga ujian itu lebih mendekatkan lagi diri kita dengan Allah.




    Beratnya ujian itu menunjukkan bahawa betapa besarnya perhatian Allah terhadap kita. sebab itu di kalangan nabi-nabi, yang paling teruk di uji adalah 5 orang rasul Ulul 'Azmi termasuk Rasulullah SAW. jesteru itu, kalau dengan kesusahan yang menimpa, iman jadi meningkat, sahlah bahawa ujian itu datang berserta rahmatNYA. untuk itu, kita patut bersyukur seperti bersyukurnya kita bila dapat rezeki durian runtuh.




    Kalau kita ditimpa ujian, rasakanlah diri kita hamba yang layak disakit-sakitkan olehNYA. tapi bukanlah bermakna kita tak payah usahakan ubatnya. berubatlah, kerana Allah menggalakkan kita berusaha dan berikhtiar untuk jadikan sebab Allah sembuhkan sakit.....




    Ujian..... ia ada di mana-mana. sentiasa mengekori kita. kita memang tak akan berupaya untuk lari darinya. bersedialah dengan jiwa yang kuat dan gantungkanlah harapan denganNYA yang Maha memberi Pertolongan. rahmat di sebalik ujian lebih besar dari penderitaan akibat ujian tersebut.....




    wallahhu'alam.....

    ma'assalamah....