Sunday 27 November 2011

~ merenung sejenak ~


(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI)
Assalamu’alaikum… buat para sahabat…. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat serta kasih sayangNYA… Alhamdulillah… di saat ini masih lagi kita diberi pinjam nyawa dari ‘PEMILIK NYAWA’ kita… moga dengan peminjaman ini dapat kita tingkatkan lagi tahap IMAN kepadaNYA…. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian..?? masihkah hati berada denganNYA..?? dunia tika ini telah melangkah setapak lagi kehadapan… bertanya pada hati, bagaimana kehidupan yang diimpi bagi menggarap ukhrawi yang abadi… tahun demi tahun… dunia berada di penghujung…. Tahun demi tahun juga Allah tidak jemu mentarbiyah kita… apakah kita sedar akan ini..?? sejauh mana kita mengingatiNYA dari tahun ke tahun itu..?? adakah kita ingat akn DIA..?? moga setiap detik yang kita pinjam insya’Allah digunakan dengan sebaiknya…

mohon maaf seikhlas hati pada sesiapa yang mengenali diri ini.....


...ma'assalamah...


 

Tuesday 1 November 2011

~ rindunyeerrrrr ~

bismillahhirrahmannirrahim......
lamanya tak post ape2 kat blog nie...
rindunyeerrrr....
hmmm...
rindu juga kat family..
di sabah mahupun johor.....
perasaan ekk....
asyik2 nak rindu...
orang kata manja betul...
tp ape leh wat...
kenyataan yang dah sememangnya nyata...
hehehehehe.....
uppsss....
betul ke tu??
biarlah...
ape2 pon....
mesti hepi dalam melayari kehidupan duniawi....
senyum sentiasa..... :)

Thursday 28 July 2011

~ BeRiNGaTLaH ~


" Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi.
Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui(nya).
DIAlah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNYAlah kamu dikembalikan..."
(Yunus : 55-56)

Wednesday 27 July 2011



rasa bosan.....
tapi kenapa???
adakah kerana jiwa ini kosong???
jangan kosongkan jiwa anda...
perbanyakkan zikrullah....
baru hati bersih jiwa tenang..
taklah rasa kosong...
hmmm....



Sunday 5 June 2011

~ SeDiKiT NuKiLaN HaTi ~

Ya Allah…..
Berbicara hati melalui rasa IMAN…..
Berfikir akal melalui rasa keTAQWAan…..
Jangan dibiar nafsu MENGAWAL…..
Tapi pujuklah dengan rasa yang MENAWAN…..
Tatkala hati berbisik CINTA…..
Muncul KASIH meraguinya….
Hadir SAYANG mencemburuinya….
Hati mendambakan cinta SEHEBAT ‘Rasulullah & Siti Khadijah’….
Hati mengimpikan cinta SEINDAH ‘Yusuf & Zulaikha’…..
Hati menaruh cinta SEUTUH ‘Ibrahim & Siti Hajar’….
Tapi apakah hati ini bersedia….
Bersedia untuk memberi & menerima cinta…..
Cinta yang didamba, cinta yang diimpi, cinta yang dipertaruhkan……
Ya Allah…..
ENGKAU adalah pemilik cinta…
Janganlah Engkau lenakan aku dengan kecintaan dunia…..
Janganlah Engkau lupakan aku dengan kecintaan manusia…..
Tapi Engkau ikatlah aku dengan cintaMU…
Agar aku tidak terlupa dan terleka….


Thursday 19 May 2011

~ Al Arqam Di Sebalik Tabir ~

 sedang melihat2 buku-buku di rumah... terbaca satu buku tentang jemaah yang mungkin jadi kontrovesi di suatu masa dulu di dlm negara kita..... mungkin smpai sekarang.... baca punya baca, celik juga minda nie tentang sesutau perkara.... hmmm... Allah mengilhamkan lagi ilmu-NYA ke dalam kotak fikiran yg kecil nie....

Judul : Al Arqam Di Sebalik Tabir
Pengarang : Ann Wan Seng
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 178  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9831002571

Walaupun sudah satu dekad pertubuhan Al-Arqam diharamkan, tetapi isu dan beberapa persoalan mengenainya masih diperkatakan dari semasa ke semasa. Masyarakat mungkin mengenali Al-Arqam sama ada pada nama atau penampilan pakaian para pengikutnya. Namun tidak ramai yang mengetahui pertubuhan itu secara mendalam, khususnya dari segi sejarah, ideologi, struktur organisasi, kehidupan sosial dan pandangan hidup para anggotanya. Justeru, buku ini ditulis dengan harapan dapat memberikan kefahaman dan maklumat mengenai pertubuhan Al-Arqam selain menjadi sumber rujukan kepada generasi yang akan datang.
Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh diketepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota Jemaahnya.
Penyertaan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam telah meletakkannya sedikit ke hadapan jika dibandingkan dengan gerakan sosioagama dan pertubuhan Islam yang lain, terutama dalam usahanya untuk mewujudkan sebuah komuniti Islam sebagai landasan ke arah pembentukan sebuah negara Islam yang menjadi kemuncak kepada perjuangannya. Meskipun apa yang dicita-citakan oleh Al-Arqam itu , tidak menjadi kenyataan selepas para pemimpin utama ditahan di bawah akta ISA tetapi asas yang dibina oleh Al-Arqam masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Organisasi Al-Arqam barangkali sudah runtuh tetapi asas perjuangannya masih lagi kental terutamanya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam.
Hal ini dapat diperhatikan melalui dua buah buku terbaru tulisan Ustaz Ashaari Muhammad mengenai Islam Hadhari dan bencana Tsunami yang masih mempertahankan segala pandangannya sewaktu memimpin Al-Arqam dahulu. Kaedah penyelesaian yang dikemukakan oleh beliau adalah sama dengan apa yang diutarakan dalam buku- buku dan tulisannya sebelum ini. Jadi, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Al-Arqam masih lagi wujud tetapi dengan wajah dan pendekatan perjuangan yang baru.
Maklumat yang dipaparkan dalam buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap seluruh aspek yang berkaitan dengan organisasi Al-Arqam. Apa yang lebih penting daripada penerbitan ini ialah khalayak masyarakat akan mengenali Al-Arqam dengan lebih dekat lagi melalui sumber yang primer, bukannya sekunder, sekaligus dapat mengetahui segala rahsia dan "misteri" yang menyelubungi pertubuhan itu selama berdekad-dekad lamanya.

Ann Wan Seng

Kandungan Buku
Bab 1: Gerakan Sosioagama Di Malaysia
Bab 2: Latar Belakang Perkembangan Al-Arqam
Bab 3: Struktur Pertubuhan Dan Kepimpinan Al-Arqam
Bab 4: Sistem Sosial Al-Arqam
Bab 5: Aknviti Ekonomi Al-Arqam
Bab 6: Al-Arqam Dan Politik
Bab 7: Al-Arqam Dan Perubahan Sosial
Kesimpulan
Epilog: Al-Arqam Selepas Pengharaman
Bibliografi
Indeks

* boleh dijadikan sebagai bahan rujukan tentang sesuatu jemaah......

Wednesday 18 May 2011

~ iNiLaH uJiaN HaTi....... ~


kadangkala engkau hadir mengusik jiwa.....
kadangkala engkau hadir menambah ceria.....
kadangkala engkau hadir membuah bahagia....
kadangkala juga engkau hadir menguji segalanya.....
kadangkala juga engkau hadir mengikis derita.....

walaupun tika kau hadir itu hati tidak meminta....
namun kau datang membawa 1001 cinta......
cinta yang dapat ku rasa....
cinta yang dapat ku sentuh....
bukan hanya dengan hati.....
tetapi juga dengan akal yang berisi....
bukan hanya dengan perbuatan...
tetapi juga dengan percakapan.....

memang benar pencatur yang terhebat adalah ALLAH semata-mata....
DIA memberi tanpa rasa sangsi kepada kita....
DIA mengetahui apa yang bakal kita rasa.....

jika benar ini suka.....
jika benar ini bahagia....
dan jika benar ini cinta.......

mengapa harus rasa kecewa....
mengapa harus rasa derita......

teman.....
ketika dulu kau hadir membuatku gembira....
kini kau pergi membuah ceria....

kerana ku mengerti tentang sesuatu....
Allah ingin memberitahu padaku tentang
pelbagai warna di dalam bahagia....
pelbagai rasa di dalam derita....

agar aku tidak tersungkur dek kecewa
tidak tersembam dek derita...
tetapi akan bangkit demi bahagia.....
akan bangkit demi cinta....

semua ini keranaNYA.....
semua ini demi redhaNYA.....
kerana DIA yang  berhak ke atas segalanya....
yang DIA caturkan untuk kita....

berbahagialah engkau di sana...
aku kan sentiasa bersamamu.....
sehingga akhir waktu....
sehingga kita bertemu.....
sehingga kita bersatu.....
di firdausNYA......



rasa sepi tanpa usrah darinya...... rindunya saya... (al fatihah kepadanya.......)


Saturday 14 May 2011

~ MuNaJaT BY NaDaMuRNi/RaBBaNi ~

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
teringat akn sebuah kisah melalui lirik lagu nie.... di sebuah madrasah..... aku belajar tentang sesuatu.... apa2 pun yang datang... ianya dr Allah.... DIA yg berikan ujian... utk kita sentiasa bergantung harap denganNYA.... ya Allah.... Engkaulah segala2nya... tiada dua atau tiga... memang selayaknya Engkau ku SEMBAH.....

Monday 9 May 2011

~ TeRiMa KaSiH ~



Pabila hati berkata-kata……
Mata turut berbicara…..
Adakah ini duka….
Ataupun bahagia……


Ya Allah……
Terima kasih ya Allah…..
Engkau berikanku peluang…..
Untuk merasai setiap perasaan yang Engkau sediakan untuk hamba-hambaMU….
Rasa suka…. Rasa duka…. Rasa cinta… rasa kecewa….
Semua deria rasa….


Abah & Ummi…
Hadirmu kerana suratan yang telah tertulis di LUHMAHFUZ-NYA….
Ku pinta redha dari kalian….
Redha kalian, bahagialah hati….
Duka kalian, hancurlah hati….
Kalian penguat hati pengutuh jiwa…
Tatkala di perjalanan ini ku terumbang ambing…
Kalian pemberi semangat…
Kalian mengajar tanpa rasa putus asa…
Memang benar anak-anak adalah amanahNYA…
Kalian jaga amanah itu sebaik dan semampu mungkin…
Sehingga diri ini tidak rasa kosong…
Tidak rasa sepi dari kasihNYA…
Tidak rasa jauh dari sayangNYA….
Terima kasih abah & ummi….
Jasa kalian tetap di HEARTY….


Buat kak amni & adik-adik kak tiah…
Kalian buah hati pengarang jantung kak tiah…
Takda salah satu, rasa tak lengkap diri ini…
Keletah korang membuatkan kak tiah terfikir tentang sesuatu…
Fikrah kita, hati-hati kita….
Satu tiada dua…
Satu selamanya…
Moga Allah tetap menjalinkan hati-hati kita….
Untuk berada dibawah jagaan abah & ummi…
Tanpa rasa curiga…
Tanpa rasa duka…
Tetapi hanya bahagia…
Yang kekal buat selamanya….


Wahai teman….
Terima kasih juga padamu….
Hadirmu padaku adalah satu ujian….
Ujian untukku terus kukuh berada di sisimu…
Ujian untukku tahu bahawa hadirmu tidak ternilai harganya di sisisku….
Ujian untukku sedar bahawa pertemuan yang tercipta itu indah….
Indah ketika kita bersamaNYA…


Ku mohon padaMU ya Allah….
Satukanlah hati-hati kami…..
Untuk terus berada dijalanMU…
Untuk terus bertaut kerana cintaMU….
Untuk terus berada dibawah lembayung rahmat serta kasih sayangMU….


REDHAILAH…. RAHMATILAH…. KASIHILAH…. SAYANGILAH….
KU MOHON PADAMU YA ALLAH….
ENGKAU CINTA PERTAMAKU….
MEREKA….. KASIH SAYANGKU….

Tuesday 3 May 2011

~ iLMu ALLAH KiTa KoNGsi BeRSaMa ~

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (Juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.


sila rujuk pada: 
* http://www.facebook.com/mfadli11
* http://facebook.com/mfadli11
* http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719

~ NoVeL KaRiPaP-KaRiPaP CiNTa ~


jom kita baca novel nie ramai2......... ada resipi novel nie bg tuk kita jadikan sesuatu tu penting dlm hidup kita.... besttttt.... jom baca ekkk.....


ReSiPi KaRiPaP-KaRiPaP CiNTa:


* 3 ulas rasa SUKA

* 1 botol HATI gembira

* 1 biji RENDAH DIRI (saiz besar)

* 2 cawan TOLAK ANSUR
* 5 keping KEHORMATAN

* secubit rasa RINDU

* 3 batang TANGGUNGJAWAB, dipotong halus

* 3 bekas CITA-CITA

* 10 guni KEJUJURAN (diayak utk mbuang KATA DUSTA)

 
-ramuan diadun dgn ILMU & AKAL

-masukkn dlm kuali PERSAHABATAN, tunggu shingga masak

-setelah masak. hidangkan bersama yg terSAYANG.......

 



SELAMAT MENCUBA......!!!!!!!!!!


memberilah tanpa mahu menerima.....
jujurlah pada setiap kata....
ikhlaskanlah hati utk sesuatu perkara..... suke3~

Friday 29 April 2011

~ NoVeL Nie MeNgiNGaTKaN aKu TeNTaNG SeSuaTu ~ Beeeesssssttttttt......



KATA-KATA INI:
~ Urusan ini perutusan cinta.. Seperti sabda Rasulullah; "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".....~
~Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka. Sedikit pun hukum qadar yang ada di dalam roh mereka tidak dilanggar. Itu hukum semesta alam. Maka lihatlah ke dalam hati kita, ada hukum yang telah ditiupkan. Hukum yang sama dan serupa. Patuhilah bisikan hati itu. Nescaya kita akan peroleh bahagia.....~
~Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah...~



suka akan kisah yang dibawa.... iMaN dan IsLaM SeRaSi TeRPaTeRi Di DaLaM HEARTY....... selamat membaca kepada sesiapa yang belum membacanya...... :-)



wallahu'alam.......


~ sedikit bingkisan dari NOVEL BINTANG_BINTANG KE SYURGA [ XARINE ] ~

Wednesday 27 April 2011

~ MeNGeNaL DiRi MeLaLui RaSa HaTi ~

HIDUP yang lahir ini, samada yang baik mahupun yang buruk
Yang datang dari tindakan seseorang manusia
sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi
dalam diri manusia itu yang mendorong berbuat demikian
atau dengan kata lain,
berpunca dari rahsia batin,
Yang kebanyakan manusia tidak dapat mengesani
Kecuali orang-orang yang tertentu
Yang mempunyai BASIRAH
atau pandangan hati yang tembus....
Begitu juga ada tindak tanduk manusia yang lahir ini
yang nampaknya baik, tidak ada cacat,
tetapi pada pandangan Allah SWT adalah cacat!
kerana ada kemahuan yang tersembunyi dari kemahuan batin manusia itu
yang terpaksa melahirkan suasana baik itu....
Kadang-kadang manusia yang punya kemahuan itu sendiri pun tidak sedar
kecuali orang-orang yang dipimpin oleh Allah SWT.....



wallahu'alam.....



 ~ coretan GURUKU 1985 ~



sekadar  renungan diri......

Sunday 17 April 2011

~ iSi HeArTy ~



kadangkala hati ini gundah....
kadangkala juga hati ini gelisah....
dan kadangkala juga hati ini rebah...

gundah kerana takutkanNYA....
gelisah kerana belum cukup sedar akan kehadiranNYA....
rebah kerana nafsu selalu mendahului untuk segala-galanya....

ya Allah....
hanya Engkau sahaja yang tahu akan isi hati ini....
janganlah Engkau bolak-balikkannya....
kerana....
hanya dengan 1 hati ini....
aku bisa mencariMU....
bisa mendapatkanMU....
untuk aku pegang....
untuk aku garab....
agar aku tidak terlepas dari dakapan rahmatMU.....

ya Allah....
Engkau tetapkanlah hatiku....
agar sentiasa kukuh bersamaMU....
agar aku tidak lari dari jalanMU....

ya Allah....
sesungguhnya....
Engkaulah yang Maha segala-galanya....


~ JiWa KaCau ~

Friday 8 April 2011

~ JaNGaN TeRHiNa KeRaNa NaFSu ~

BuMi hari ini hampir hancur....
Kerana manusia-manusia yang mentadbirnya
saling bergelutan untuk memenangkan
NaFSu masing-masing....
Dari sekecil-kecil institusi masyarakat
hingga ke peringkat antarabangsa....
Dari pergeseran di dalam rumahtangga
hingga peperangan yang meragut jiwa....
Makhluk yang dianugerahkan aKaL
mengaku 'aKu HaMBa ALLAH' ini rupanya
selalu lupa, sering ditunggang oleh nafsu JaHaTnya....
Melayan kehendak nafsu yang memang
cenderung kepada kejahatan....
Umpama air laut,
semakin di teguk semakin haus....
Semakin dipenuhi
makin banyak pula yang diingini....
Semakin dilayan
semakin mengheret ke arah kebinasaan....
Puas hanya sementara
padahnya mengundang hina
di DuNia, hidup bagai haiwan melata....
Hilang "SAKINAH", tiada "SA'ADAH"....
Kerana.....
KeTeNaNGaN dan KeBaHaGiaaN
hanya akan ALLAH berikan
kepada mereka yang sanggup
memerangi nafsunya
DeMi RaHMaT dan KeReDHaaN TuHaNnya....
Sesungguhnya:
"dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan dikembalikan"
Kembalilah kepadaNYA
dengan hati yang selamat sejahtera
bukan dengan segunung dosa............



Thursday 7 April 2011

~ SeJaRaH SoLaT 5 WaKTu ~

Solat merupakan tiang agama…. Jika kita tinggalkannya, maka tidak sempurnalah agama kita… Tapi kita selalu meremehkan solat 5 waktu nie, kita lebih terkejar-kejar perkara yang sunat berbanding yang wajib…. Lagi 1, bila kita dah di latih dari kecil tuk solat, bila dah besar, kita tak rasa solat tu wajib… kita dah rasa biasa buat, tp tak tahu nilai sebenar solat tu…. kita hanya solat kerana solat tu wajib, bukan solat kerana kita patut sembah Pencipta kita…. Rasa kehambaan dalam bersolat itu tiada…. roh untuk menjiwainya dah mati... Jadi, kita renung-renungkan, mengapa Allah menyuruh kita menyembahNYA….. jangan sampai hati kita lupa menyembah DIA yang satu…. Wallahhu’alam…

Kisah tentang solat bermulanya begini……..
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia kearah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


SuBuH:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda merasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat…
· Rakaat Pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
· Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZoHoR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT teleh memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. . seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
· Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
· Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
· Rakaat Ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
· Rakaat Keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


aSaR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu;
· Rakaat Pertama: Kelam dengan kesalahan.
· Rakaat Kedua: Kelam dengan air laut.
· Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam.
· Rakaat Keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


MaGhRiB:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu;
· Rakaat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Maha Esa.
· Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
· Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


iSYa’:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isya’ ialah Nabi Musa a.s. . Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isya’ yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
· Rakaat Pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
· Rakaat Kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
· Rakaat Ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun
· Rakaat Keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.




~ aPa YaNG BaiK  iTu DaRi ALLAH SWT... DaN YaNG BuRuK iTu DaRi KeLeMaHaN DiRi SeNDiRi~




wallahu'alam.....




SeKaDaR ReNuNGaN BeRSaMa 

Saturday 2 April 2011

~TaTKaLa TUHAN MeNCiPTa MaNuSia~

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT, yakni Adam a.s, dalam surah Al Baqarah ayat 30-38 yg bermaksud :



Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (ayat 30)



Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar." (ayat 31)



Malaikat berkata: "Maha suci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana." (ayat 32)



Allah berfirman: "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukanlah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?" (ayat33)



Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam." lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir. (ayat 34)



Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan terjadilah kamu dari golongan orang yang zalim." (ayat 35)



Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa." (ayat 36)



Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani. (ayat 37)



Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka pun tidak akan berduka." (ayat 38)





* serba sedikit bingkisan dari ayat-ayat Allah..... menunjukkan bahawa betapa besar dan agungnya penciptaan-NYA..... kita hanya insan kerdil.... yg mampu di bolak-balikkan hatinya...

* hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang Dia kehendaki....




'aPa YaNG BaiK iTu DaRi ALLAH, DaN YaNG BuRuK iTu DaRi KeLeMaHaN DiRi SeNDiRi'



~wallahu'alam~


Saturday 26 March 2011

~ PeRtEmUaN PeRpIsAhAn ~

YA ALLAH........................
sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu adalah nikmat dari-MU....
dari pertemuan & perpisahan juga terjalin sebuah ikatan UKHUWAH....
alangkah manisnya dalam ikatan tersebut jika kami
saling kasih kerana-MU,
saling sayang kerana-MU,
saling rindu kerana-MU.....



YA ALLAH.........................
biarlah pertemuan ini membuahkn ukhuwah yang manisnya berkekalan...
biarlah perpisahan ini menjadikan kami redha dengan ketentuan...
agar kami tahu bahawa setiap pertemuan & perpisahan ini bukanlah untuk selamanya...
tapi hanya sebentar cuma....



YA ALLAH..........................
ikhlaskanlah hati-hati kami agar tetap bertaut di dalam setip bait-bait doa yang kami pohon...
tatkala jasad terpisah jauh mencari hala tuju nan SATU.....
iaitu ISLAM.......





~ MoGa uKHuWaH YaNg TeRBiNa DiSuLaM iKhLaS KeRaNa DaN DeMi ReDHa-NYA ~



buat kak tim, kak sal, mai dan sahabiah2 semua.....
jika pertemuan kita terhenti di sini sahaja, moga Allah temukan kita di FirdausNYA... amin...
rindu ini membuatkan hati ini selalu menuntut perkhabaran dari kalian....



SaLaM uKHuWaH FiLLaH aBaDaN aBaDa~.............................




~alatiahaudy~

Saturday 19 March 2011

~ DuNia HaNYa TeMPaT MeNaNaM ~

KALAULAH engkau sedar akan mati,
engkau akan bersedia hidup untuknya....


JIKA engkau tahu Negara Abadi itu tidak akan ada
usaha ikhtiar lagi,
nescaya engkau akan berusaha di dunia ini,
di sana kamu makan hasilnya....


JIKA engkau sedar mati itu datang tiba-tiba,
mungkin hidup untuk besok pun
belum tahu ada lagi,
nescaya urusan Tuhanmu itu tidak
ada penangguhannya....


JIKA kamu belum tahu apakah Syurga
atau Neraka itu tempatmu,
nescaya tidak ada masa 
untuk kamu ketawa,
nescaya kamu akan bermandi
dengan airmata....


JIKA kamu kenal dirimu sendiri,
tidak akan sempat kamu melihat
kesalahan orang lain,
betapa pula untuk menceritakannya....


JIKA kamu tahu tiap-tiap haram itu
Neraka padahnya,
yang halal itu akan diperiksa,
nescaya kamu akan berzuhud
di dunia ini.....


JIKA kamu tahu penderitaan AKHIRAT,
nescaya penderitaan di dunia ini tidak
menyusahkan kamu....


JIKA kamu tahu betapa nikmatnya Syurga itu,
kamu tidak akan terpesona dengan nikmat dunia....


" sesungguhnya dari Allah kami datang, kepada Allah kami akan dikembalikan "



wallahhu'alam........


sedikit coretan 04:36:58 a.m.......

Friday 18 March 2011

~ PeNYaKiT LeuKeMia ~

* Ahmad Akmal ketika berusia 1 tahun 8 bulan.....

Pada tahun 2002, penyakit ini telah menyerang arwah adik... Bermula dari bulan 4 sehingga bulan 11 tahun yang sama... Masa terasa amat singkat... Setiap detik membuatkan rasa lebih bermakna... Kami buat jadual untuk menjaganya setiap hari di hospital... Sehinggakan adik bongsu ketika itu berusia 2 tahun setengah, terpaksa Ummi tinggal-tinggalkan demi menjaga arwah adik... Pada akhir bulan 10, doktor kata arwah adik tidak boleh di ubat lagi... Doktor jangka hanya tinggal 2 minggu sahaja untuk dia bertahan... Tapi alhamdulillah, dia bertahan sehingga 4 minggu... Sempat lagi dia berpuasa bersama-sama kami walaupun ketika itu keadaan dia teramat tenat... KetetapanNYA tak dapat kita tolak... Pada jam 2.15 pagi; 25 ramadhan 1423H/30 november 2002 dia telah kembali kepadaNYA ketika usianya menjangkau 7 tahun 7 hari... Pahit maung di tempuhi... Manisnya terasa tatkala ujian Allah di terima dengan redha... (23/11/1995 - 30/11/2002)
Tahun ini, sejarah berulang kembali pada diri tatkala mendapat berita bahawa teman seperjuangan mengalami penyakit yang sama dengan arwah adik... Doktor juga telah memberi kata putus, peluang untuk survive hanya 25% sahaja... sesungguhnya, pertemuan yang sebentar itu mampu mencipta sejuta kenangan (2000 - 2011)... teman, terimakasih kerana hadir di saat diri ini memerlukan, hadir ketika jiwa ini perlukan ketenangan... Allah memang Maha Adil meletakkan hak-hak hambaNYA.. terimakasih ya Allah.... Teman ini juga telah pergi menghadap Illahi ketika diri ini masih memerlukan teman usrah sepertinya.... (20/06/1988 - 01/04/2011.... semoga roh mereka di tempatkan di tempat orang-orang yang soleh... amin ya Rabb....


Ada sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan bersama berkaitan penyakit ini... Moga dengan sedikit ilmu ini, kita dapat manfaat darinya...




PENGENALAN KEPADA LEUKEMIA

       
Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.
       
Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.
       
Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing :



Jenis sel darah dan fungsi
JENIS SELFUNGSI
Sel darah merah (eritrosit)












  • Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru.

























  • Memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi















  • Sel darah putih (lekosit)












  • Bertugas untuk melawan penyakit.



























  • Merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.















  • Platlet darah (trombosit)












  • Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah.

























  • Membantu dalam pembekuan darah.














  •        


    Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).
           


    Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.





    SEL LEUKEMIA
           

    Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.




    JENIS LEUKEMIA
           

    Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akut berlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda(immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.
           

    Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.
           

    Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.






    LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU
    1.  Leukemia limfositik akut
      • Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.
    2. Leukemia mielositik akut
      • Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.
    3. Leukemia limfositik kronik
      • Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.
    4. Leukemia mielositik kronik
      • Biasanya menyerang orang dewasa.




    TANDA-TANDA YANG SERING BERLAKU

    Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :
    1. anemia - pucat, letih dan pendek nafas
    2. mudah jatuh sakit
    3. sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
    4. purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
    5. mudah lebam
    6. hidung kerap mengalami pendarahan
    7. hilang nafsu makan dan turun berat badan
    * Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.






    Ini sedikit sebanyak mengenai penyakit leukemia... Jumpalah pada yang pakar jika nak mengetahui dengan lebih lanjut...
    Sekian untuk kali ini... Apa yang baik datangnya dari Allah SWT... Apa yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya...




    Wallahu'alam....


    ma'assalamah....