Tuesday, 5 January 2016

.siapa MUAZZIN itu.....

Ya Allah.... azan ini.. terdetik di hati tika menunggu waktu subuh..
Jam3pg
...malam itu, tidur ku tidak lena.. resah, gelisah.. bangun, minum sedikit air.. tetap jua gundah.. terdetik dihati, kurang berbicara aku denganNya barangkali.. menguatkan hayunan langkah menuju toilet untuk berwudhu'.. lama kiranya aku tidak tahajjud.. ya Allah, jgn hanyutkan aku dalam dunia yang fana ini...
Kembali ke bilik.. melihat sekilas roomate yg sedang tidur.. arghhhh.. aku mesti tahajjud malam ini.. segera mencapai telekung, hamparkan sejadah... termenung lama.. rasa apakah ini ya Allah.. memulakan qiam.. sunat taubat, tahajjud, istikharah, witir... kemudian duduk termenung lagi.. ya Allah, rasa apakah ini... mengambil alQuran, surah pilihan al-Insan... seusai membaca dan melihat terjemahan... air mata tak henti mengalir.. iya.. sudah lama aku tidak berbicara denganMu Rabbi.. sudah lama... kemudian tersentak, ya Allah, azan ini.... damainya ya Allah.. limpahkan berkah buat muazzin ini ya Rabb.. (teringat abh cerita 'orang yang jadi muazzin ni, jasadnya tidak reput di mkn bumi kelak jika ia mati')... seusai muazzin melaungkan azan, beberapa minit kemudian iqamat.. dan aku solat subuh dengan rasa yg 'lain' tika itu... berdoa.. kemudian terdetik lagi di hati.. siapakah muazzin tadi.. tidak pernah kiranya suara itu melaungkan azan subuh.. pernah terdengar suara itu melaungkan azan isya' tapi tika itu sayup-sayup kedengaran.... mengapa aku ni... azan ini begitu menyentuh... arghhhhhh.. biarlah... moga Allah jaga dia.. untuk terus melaungkan azan (doa dalam hati)..... (bersambunggggg ^___^)

Sunday, 1 December 2013

“Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan kasih sayang”

.menukil sesuatu.
.menggabung bait demi bait.
.antara sahabat dan aku.

Katakanlah,
“Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan kasih sayang”

Ikhwah dan Akhawat, Para Da'ie!!
Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan..
Duri dan batu terjal selalu menganjal..
Lurah dan bukit menghadang..
Hujungnya bukan usia, bukan juga dunia..

Tetapi Cahaya dalam Cahaya..
Syurga dan redha Allah..
Cinta adalah sumbernya..
Hati dan jiwa adalah rumahnya..
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu..
Nikmati perjalanannya..
Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana..
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu itu lebih baik dari dunia dan segala isinya..

Ikhwah dan Akhawat, Para Jundullah!!
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM..
Mengerti tentang Islam..
Risalah Anbiya dan warisan ulama..
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya..
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS..
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya..
Seperti Kata Abul Anbiya, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta”..
Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allahu ghayatuna”..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL..
Membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja berada..
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan..
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir..
Dari diri peribadi, keluarga, masyarakat hingga negara..
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHAD..
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan..
Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana..
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya..
Tinggalkan kemalasan..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT..
Kepada Allah dan Rasul..
Al-quran dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa yang tertata..
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah..
KeranaNya nikmat akan bertambah melimpah penuh barakah..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHIYAH..
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta..
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima..
Kerana yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka..
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT..
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan..
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan..
Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyah..
Berjalan jauh dari penyimpangan..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD..
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan..
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini..
Engkau da’ie sebelum apapun adanya engkau..
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TSIQAH..
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan kepada Allah dan Rasul..
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya..
Kerana inilah kafilah kebenaran yang penuh barakah..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH..
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan..
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia..
Utamanya mukmin mujahidin..
Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya..
berjumpa kerana taat kepada-Nya..
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah..
Saling berjanji untuk menolong syariat-Nya..

::: sketsa dunia, layar akhirat :::

Saturday, 10 November 2012

memula kembali bicara.....

assalamu'alaikum warahmatullah.....

sekian lama tidak menjenguk keadaan blog.... terdetik rasa untuk mula menulis kembali....
apa khabar sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah semua.....
moga sentiasa dalam bimbinganNYA....

perjalanan ini terasa singkat...
jatuh dan bangun kembali dirasakan seperti hambar....
kurangnya nikmat bersyukur menyebabkan hati tersungkur lebur....

fikiran buntu memikirkan keadaan diri....
apa yang jiwa inginkan...
apa yang diri perlukan...
apa yang hati mahukan....
pada setiap langkah perjalanan...

mengimbau kembali saat mula-mula inginkan perubahan pada diri...
sentiasa sahaja diri mengalah pada ujian yang sekecil cuma...
senang berputus asa....
mudah untuk meninggalkan semua...
padahal itu hanya permulaan... belum dapat pun untuk pengakhiran....

semua manusia dapat hak untuk 'bertaubat'...

sentiasa muhassabah diri....
itu yang paling penting.....

:)

moga bertemu kembali di lain bicara....

ma'assalamah.....     

Tuesday, 29 May 2012

~ TeRuS MeNCaRi ~


ya Allah....
terima kasih....
kerana Engkau dekatkan hati ku padamu dengan cara yang paling lembut....

ya Rabbi...
syukran.....
kerana Engkau tetap menjenguk hati yang telah lama usang dari mengingati-MU....

ya Quddus....
thank you....
kerana masih lagi Engkau memberi peluang pada hati yang lama tidak merintih padaMU....

seringkali akal berfikir...
manusia jenis apakah diri ini....
tidak mengingati Rabbnya sebagaimana Rabb mengasihi hamba-hambaNYA....

seringkali juga hati mengeluh sedih...
mengapa diri meninggalkan DIA...
jauh dari diri....

pabila diri di uji hanya dengan sekelumit rasa sakit....
sedikit rasa pedih....
secubit rasa pahit....
jiwa dan hati meronta-ronta....
memanggil-manggil Sang Maha Kuasa....
memohon agar di sembuhkan segera....

tidak di ingat.... beberapa tahun sebelum sakit...
ada engkau menjenguk Tuhanmu???
ada engkau memangil-manggil Rabbi mu????
ada engkau memohon sesuatu dari Khaliq mu????

TIDAK!!! TIDAK!!! TIDAK!!!

tidak sama sekali....
malah engkau tidak pernah mengingati mati!!!!
justeru, untuk apa sekarang ini engkau merintih sedih!!!!

kerana itulah sifat dan sikap manusia....
setelah sesuatu itu di tarik semula....
baru akal mula berfikir....
baru diri mahu bersedia....
baru hati meronta meminta-minta.....

ya Allah....
Engkau adalah Rabbi ku...
sungguh cantik Engakau mengatur perjalanan hidupku....
teratur dan tersusun rapi...
Engkau menyediakan rempah serta rencah rasa pada setiap detik perjalanan...
agar aku mengerti....
setiap perjalanan itu, punya hikmahnya...
punya rahmatnya yang tersendiri....




...8 rejab 1433H...


Saturday, 25 February 2012

~ mencari DIA dihatiku ~


seringkali aku berfikir

di mana DIA dihatiku?

di mana kiranya harus ku cari?

di segenap lapis bumi?

pada setiap titisan embun pagi?

atau pada desiran ombak yang tak bertepi?

teruskan hayun langkah kaki

mencari pada setiap pelusuk bumi

mencari sesuatu yang sudah pasti

ia...

sesuatu yang sudah pasti

pasti aku kan menemui Rabbi

dalam sudut kecil hatiku ini

jika jalanNYA aku tujui

jika akhiratNYA ku impi

jika kasih sayangNYA tak bertepi

pada jasad dan roh yang sudah pasti milik ILLAHI


Thursday, 23 February 2012

~ HeaRTy ~






~ kadangkala dalam menjaga hati orang seringkali kita berkata " asyik nak jaga hati dia je, hati kita nie merana.."... tp kita tak berfikir di sebalik kita menjaga hati org..... byk nikmat dan rahmatnya... jika kita sabar + ikhlas dalam menjaga hati setiap orang dan juga hati kita, kita tidak akn mudah mengeluh kesah dengan soal2 hati nie.... mungkin senang org cakap "sabar" "ikhlas"... tp payah utk buat..... cuba renungkan bersama.... mengapa Allah bagi kita hati?? utk kita mengerti jenis apakah manusia itu..... bukan?? :)










 .........J.A.G.A. .M.E.N.J.A.G.A. .T.E.R.J.A.G.A........

insya'Allah tak terjangka apa yg bakal kita dapat di sebaliknya....


Sunday, 27 November 2011

~ merenung sejenak ~


(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI)
Assalamu’alaikum… buat para sahabat…. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat serta kasih sayangNYA… Alhamdulillah… di saat ini masih lagi kita diberi pinjam nyawa dari ‘PEMILIK NYAWA’ kita… moga dengan peminjaman ini dapat kita tingkatkan lagi tahap IMAN kepadaNYA…. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian..?? masihkah hati berada denganNYA..?? dunia tika ini telah melangkah setapak lagi kehadapan… bertanya pada hati, bagaimana kehidupan yang diimpi bagi menggarap ukhrawi yang abadi… tahun demi tahun… dunia berada di penghujung…. Tahun demi tahun juga Allah tidak jemu mentarbiyah kita… apakah kita sedar akan ini..?? sejauh mana kita mengingatiNYA dari tahun ke tahun itu..?? adakah kita ingat akn DIA..?? moga setiap detik yang kita pinjam insya’Allah digunakan dengan sebaiknya…

mohon maaf seikhlas hati pada sesiapa yang mengenali diri ini.....


...ma'assalamah...


 

Tuesday, 1 November 2011

~ rindunyeerrrrr ~

bismillahhirrahmannirrahim......
lamanya tak post ape2 kat blog nie...
rindunyeerrrr....
hmmm...
rindu juga kat family..
di sabah mahupun johor.....
perasaan ekk....
asyik2 nak rindu...
orang kata manja betul...
tp ape leh wat...
kenyataan yang dah sememangnya nyata...
hehehehehe.....
uppsss....
betul ke tu??
biarlah...
ape2 pon....
mesti hepi dalam melayari kehidupan duniawi....
senyum sentiasa..... :)

Thursday, 28 July 2011

~ BeRiNGaTLaH ~


" Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi.
Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui(nya).
DIAlah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNYAlah kamu dikembalikan..."
(Yunus : 55-56)

Wednesday, 27 July 2011



rasa bosan.....
tapi kenapa???
adakah kerana jiwa ini kosong???
jangan kosongkan jiwa anda...
perbanyakkan zikrullah....
baru hati bersih jiwa tenang..
taklah rasa kosong...
hmmm....



Sunday, 5 June 2011

~ SeDiKiT NuKiLaN HaTi ~

Ya Allah…..
Berbicara hati melalui rasa IMAN…..
Berfikir akal melalui rasa keTAQWAan…..
Jangan dibiar nafsu MENGAWAL…..
Tapi pujuklah dengan rasa yang MENAWAN…..
Tatkala hati berbisik CINTA…..
Muncul KASIH meraguinya….
Hadir SAYANG mencemburuinya….
Hati mendambakan cinta SEHEBAT ‘Rasulullah & Siti Khadijah’….
Hati mengimpikan cinta SEINDAH ‘Yusuf & Zulaikha’…..
Hati menaruh cinta SEUTUH ‘Ibrahim & Siti Hajar’….
Tapi apakah hati ini bersedia….
Bersedia untuk memberi & menerima cinta…..
Cinta yang didamba, cinta yang diimpi, cinta yang dipertaruhkan……
Ya Allah…..
ENGKAU adalah pemilik cinta…
Janganlah Engkau lenakan aku dengan kecintaan dunia…..
Janganlah Engkau lupakan aku dengan kecintaan manusia…..
Tapi Engkau ikatlah aku dengan cintaMU…
Agar aku tidak terlupa dan terleka….


Thursday, 19 May 2011

~ Al Arqam Di Sebalik Tabir ~

 sedang melihat2 buku-buku di rumah... terbaca satu buku tentang jemaah yang mungkin jadi kontrovesi di suatu masa dulu di dlm negara kita..... mungkin smpai sekarang.... baca punya baca, celik juga minda nie tentang sesutau perkara.... hmmm... Allah mengilhamkan lagi ilmu-NYA ke dalam kotak fikiran yg kecil nie....

Judul : Al Arqam Di Sebalik Tabir
Pengarang : Ann Wan Seng
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 178  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9831002571

Walaupun sudah satu dekad pertubuhan Al-Arqam diharamkan, tetapi isu dan beberapa persoalan mengenainya masih diperkatakan dari semasa ke semasa. Masyarakat mungkin mengenali Al-Arqam sama ada pada nama atau penampilan pakaian para pengikutnya. Namun tidak ramai yang mengetahui pertubuhan itu secara mendalam, khususnya dari segi sejarah, ideologi, struktur organisasi, kehidupan sosial dan pandangan hidup para anggotanya. Justeru, buku ini ditulis dengan harapan dapat memberikan kefahaman dan maklumat mengenai pertubuhan Al-Arqam selain menjadi sumber rujukan kepada generasi yang akan datang.
Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh diketepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota Jemaahnya.
Penyertaan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam telah meletakkannya sedikit ke hadapan jika dibandingkan dengan gerakan sosioagama dan pertubuhan Islam yang lain, terutama dalam usahanya untuk mewujudkan sebuah komuniti Islam sebagai landasan ke arah pembentukan sebuah negara Islam yang menjadi kemuncak kepada perjuangannya. Meskipun apa yang dicita-citakan oleh Al-Arqam itu , tidak menjadi kenyataan selepas para pemimpin utama ditahan di bawah akta ISA tetapi asas yang dibina oleh Al-Arqam masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Organisasi Al-Arqam barangkali sudah runtuh tetapi asas perjuangannya masih lagi kental terutamanya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam.
Hal ini dapat diperhatikan melalui dua buah buku terbaru tulisan Ustaz Ashaari Muhammad mengenai Islam Hadhari dan bencana Tsunami yang masih mempertahankan segala pandangannya sewaktu memimpin Al-Arqam dahulu. Kaedah penyelesaian yang dikemukakan oleh beliau adalah sama dengan apa yang diutarakan dalam buku- buku dan tulisannya sebelum ini. Jadi, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Al-Arqam masih lagi wujud tetapi dengan wajah dan pendekatan perjuangan yang baru.
Maklumat yang dipaparkan dalam buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap seluruh aspek yang berkaitan dengan organisasi Al-Arqam. Apa yang lebih penting daripada penerbitan ini ialah khalayak masyarakat akan mengenali Al-Arqam dengan lebih dekat lagi melalui sumber yang primer, bukannya sekunder, sekaligus dapat mengetahui segala rahsia dan "misteri" yang menyelubungi pertubuhan itu selama berdekad-dekad lamanya.

Ann Wan Seng

Kandungan Buku
Bab 1: Gerakan Sosioagama Di Malaysia
Bab 2: Latar Belakang Perkembangan Al-Arqam
Bab 3: Struktur Pertubuhan Dan Kepimpinan Al-Arqam
Bab 4: Sistem Sosial Al-Arqam
Bab 5: Aknviti Ekonomi Al-Arqam
Bab 6: Al-Arqam Dan Politik
Bab 7: Al-Arqam Dan Perubahan Sosial
Kesimpulan
Epilog: Al-Arqam Selepas Pengharaman
Bibliografi
Indeks

* boleh dijadikan sebagai bahan rujukan tentang sesuatu jemaah......

Wednesday, 18 May 2011

~ iNiLaH uJiaN HaTi....... ~


kadangkala engkau hadir mengusik jiwa.....
kadangkala engkau hadir menambah ceria.....
kadangkala engkau hadir membuah bahagia....
kadangkala juga engkau hadir menguji segalanya.....
kadangkala juga engkau hadir mengikis derita.....

walaupun tika kau hadir itu hati tidak meminta....
namun kau datang membawa 1001 cinta......
cinta yang dapat ku rasa....
cinta yang dapat ku sentuh....
bukan hanya dengan hati.....
tetapi juga dengan akal yang berisi....
bukan hanya dengan perbuatan...
tetapi juga dengan percakapan.....

memang benar pencatur yang terhebat adalah ALLAH semata-mata....
DIA memberi tanpa rasa sangsi kepada kita....
DIA mengetahui apa yang bakal kita rasa.....

jika benar ini suka.....
jika benar ini bahagia....
dan jika benar ini cinta.......

mengapa harus rasa kecewa....
mengapa harus rasa derita......

teman.....
ketika dulu kau hadir membuatku gembira....
kini kau pergi membuah ceria....

kerana ku mengerti tentang sesuatu....
Allah ingin memberitahu padaku tentang
pelbagai warna di dalam bahagia....
pelbagai rasa di dalam derita....

agar aku tidak tersungkur dek kecewa
tidak tersembam dek derita...
tetapi akan bangkit demi bahagia.....
akan bangkit demi cinta....

semua ini keranaNYA.....
semua ini demi redhaNYA.....
kerana DIA yang  berhak ke atas segalanya....
yang DIA caturkan untuk kita....

berbahagialah engkau di sana...
aku kan sentiasa bersamamu.....
sehingga akhir waktu....
sehingga kita bertemu.....
sehingga kita bersatu.....
di firdausNYA......



rasa sepi tanpa usrah darinya...... rindunya saya... (al fatihah kepadanya.......)


Saturday, 14 May 2011

~ MuNaJaT BY NaDaMuRNi/RaBBaNi ~

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
teringat akn sebuah kisah melalui lirik lagu nie.... di sebuah madrasah..... aku belajar tentang sesuatu.... apa2 pun yang datang... ianya dr Allah.... DIA yg berikan ujian... utk kita sentiasa bergantung harap denganNYA.... ya Allah.... Engkaulah segala2nya... tiada dua atau tiga... memang selayaknya Engkau ku SEMBAH.....

Monday, 9 May 2011

~ TeRiMa KaSiH ~



Pabila hati berkata-kata……
Mata turut berbicara…..
Adakah ini duka….
Ataupun bahagia……


Ya Allah……
Terima kasih ya Allah…..
Engkau berikanku peluang…..
Untuk merasai setiap perasaan yang Engkau sediakan untuk hamba-hambaMU….
Rasa suka…. Rasa duka…. Rasa cinta… rasa kecewa….
Semua deria rasa….


Abah & Ummi…
Hadirmu kerana suratan yang telah tertulis di LUHMAHFUZ-NYA….
Ku pinta redha dari kalian….
Redha kalian, bahagialah hati….
Duka kalian, hancurlah hati….
Kalian penguat hati pengutuh jiwa…
Tatkala di perjalanan ini ku terumbang ambing…
Kalian pemberi semangat…
Kalian mengajar tanpa rasa putus asa…
Memang benar anak-anak adalah amanahNYA…
Kalian jaga amanah itu sebaik dan semampu mungkin…
Sehingga diri ini tidak rasa kosong…
Tidak rasa sepi dari kasihNYA…
Tidak rasa jauh dari sayangNYA….
Terima kasih abah & ummi….
Jasa kalian tetap di HEARTY….


Buat kak amni & adik-adik kak tiah…
Kalian buah hati pengarang jantung kak tiah…
Takda salah satu, rasa tak lengkap diri ini…
Keletah korang membuatkan kak tiah terfikir tentang sesuatu…
Fikrah kita, hati-hati kita….
Satu tiada dua…
Satu selamanya…
Moga Allah tetap menjalinkan hati-hati kita….
Untuk berada dibawah jagaan abah & ummi…
Tanpa rasa curiga…
Tanpa rasa duka…
Tetapi hanya bahagia…
Yang kekal buat selamanya….


Wahai teman….
Terima kasih juga padamu….
Hadirmu padaku adalah satu ujian….
Ujian untukku terus kukuh berada di sisimu…
Ujian untukku tahu bahawa hadirmu tidak ternilai harganya di sisisku….
Ujian untukku sedar bahawa pertemuan yang tercipta itu indah….
Indah ketika kita bersamaNYA…


Ku mohon padaMU ya Allah….
Satukanlah hati-hati kami…..
Untuk terus berada dijalanMU…
Untuk terus bertaut kerana cintaMU….
Untuk terus berada dibawah lembayung rahmat serta kasih sayangMU….


REDHAILAH…. RAHMATILAH…. KASIHILAH…. SAYANGILAH….
KU MOHON PADAMU YA ALLAH….
ENGKAU CINTA PERTAMAKU….
MEREKA….. KASIH SAYANGKU….

Tuesday, 3 May 2011

~ iLMu ALLAH KiTa KoNGsi BeRSaMa ~

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (Juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.


sila rujuk pada: 
* http://www.facebook.com/mfadli11
* http://facebook.com/mfadli11
* http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719

~ NoVeL KaRiPaP-KaRiPaP CiNTa ~


jom kita baca novel nie ramai2......... ada resipi novel nie bg tuk kita jadikan sesuatu tu penting dlm hidup kita.... besttttt.... jom baca ekkk.....


ReSiPi KaRiPaP-KaRiPaP CiNTa:


* 3 ulas rasa SUKA

* 1 botol HATI gembira

* 1 biji RENDAH DIRI (saiz besar)

* 2 cawan TOLAK ANSUR
* 5 keping KEHORMATAN

* secubit rasa RINDU

* 3 batang TANGGUNGJAWAB, dipotong halus

* 3 bekas CITA-CITA

* 10 guni KEJUJURAN (diayak utk mbuang KATA DUSTA)

 
-ramuan diadun dgn ILMU & AKAL

-masukkn dlm kuali PERSAHABATAN, tunggu shingga masak

-setelah masak. hidangkan bersama yg terSAYANG.......

 



SELAMAT MENCUBA......!!!!!!!!!!


memberilah tanpa mahu menerima.....
jujurlah pada setiap kata....
ikhlaskanlah hati utk sesuatu perkara..... suke3~