Saturday, 10 November 2012

memula kembali bicara.....

assalamu'alaikum warahmatullah.....

sekian lama tidak menjenguk keadaan blog.... terdetik rasa untuk mula menulis kembali....
apa khabar sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah semua.....
moga sentiasa dalam bimbinganNYA....

perjalanan ini terasa singkat...
jatuh dan bangun kembali dirasakan seperti hambar....
kurangnya nikmat bersyukur menyebabkan hati tersungkur lebur....

fikiran buntu memikirkan keadaan diri....
apa yang jiwa inginkan...
apa yang diri perlukan...
apa yang hati mahukan....
pada setiap langkah perjalanan...

mengimbau kembali saat mula-mula inginkan perubahan pada diri...
sentiasa sahaja diri mengalah pada ujian yang sekecil cuma...
senang berputus asa....
mudah untuk meninggalkan semua...
padahal itu hanya permulaan... belum dapat pun untuk pengakhiran....

semua manusia dapat hak untuk 'bertaubat'...

sentiasa muhassabah diri....
itu yang paling penting.....

:)

moga bertemu kembali di lain bicara....

ma'assalamah.....     

Tuesday, 29 May 2012

~ TeRuS MeNCaRi ~


ya Allah....
terima kasih....
kerana Engkau dekatkan hati ku padamu dengan cara yang paling lembut....

ya Rabbi...
syukran.....
kerana Engkau tetap menjenguk hati yang telah lama usang dari mengingati-MU....

ya Quddus....
thank you....
kerana masih lagi Engkau memberi peluang pada hati yang lama tidak merintih padaMU....

seringkali akal berfikir...
manusia jenis apakah diri ini....
tidak mengingati Rabbnya sebagaimana Rabb mengasihi hamba-hambaNYA....

seringkali juga hati mengeluh sedih...
mengapa diri meninggalkan DIA...
jauh dari diri....

pabila diri di uji hanya dengan sekelumit rasa sakit....
sedikit rasa pedih....
secubit rasa pahit....
jiwa dan hati meronta-ronta....
memanggil-manggil Sang Maha Kuasa....
memohon agar di sembuhkan segera....

tidak di ingat.... beberapa tahun sebelum sakit...
ada engkau menjenguk Tuhanmu???
ada engkau memangil-manggil Rabbi mu????
ada engkau memohon sesuatu dari Khaliq mu????

TIDAK!!! TIDAK!!! TIDAK!!!

tidak sama sekali....
malah engkau tidak pernah mengingati mati!!!!
justeru, untuk apa sekarang ini engkau merintih sedih!!!!

kerana itulah sifat dan sikap manusia....
setelah sesuatu itu di tarik semula....
baru akal mula berfikir....
baru diri mahu bersedia....
baru hati meronta meminta-minta.....

ya Allah....
Engkau adalah Rabbi ku...
sungguh cantik Engakau mengatur perjalanan hidupku....
teratur dan tersusun rapi...
Engkau menyediakan rempah serta rencah rasa pada setiap detik perjalanan...
agar aku mengerti....
setiap perjalanan itu, punya hikmahnya...
punya rahmatnya yang tersendiri....




...8 rejab 1433H...


Saturday, 25 February 2012

~ mencari DIA dihatiku ~


seringkali aku berfikir

di mana DIA dihatiku?

di mana kiranya harus ku cari?

di segenap lapis bumi?

pada setiap titisan embun pagi?

atau pada desiran ombak yang tak bertepi?

teruskan hayun langkah kaki

mencari pada setiap pelusuk bumi

mencari sesuatu yang sudah pasti

ia...

sesuatu yang sudah pasti

pasti aku kan menemui Rabbi

dalam sudut kecil hatiku ini

jika jalanNYA aku tujui

jika akhiratNYA ku impi

jika kasih sayangNYA tak bertepi

pada jasad dan roh yang sudah pasti milik ILLAHI


Thursday, 23 February 2012

~ HeaRTy ~






~ kadangkala dalam menjaga hati orang seringkali kita berkata " asyik nak jaga hati dia je, hati kita nie merana.."... tp kita tak berfikir di sebalik kita menjaga hati org..... byk nikmat dan rahmatnya... jika kita sabar + ikhlas dalam menjaga hati setiap orang dan juga hati kita, kita tidak akn mudah mengeluh kesah dengan soal2 hati nie.... mungkin senang org cakap "sabar" "ikhlas"... tp payah utk buat..... cuba renungkan bersama.... mengapa Allah bagi kita hati?? utk kita mengerti jenis apakah manusia itu..... bukan?? :)










 .........J.A.G.A. .M.E.N.J.A.G.A. .T.E.R.J.A.G.A........

insya'Allah tak terjangka apa yg bakal kita dapat di sebaliknya....


Sunday, 27 November 2011

~ merenung sejenak ~


(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI)
Assalamu’alaikum… buat para sahabat…. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat serta kasih sayangNYA… Alhamdulillah… di saat ini masih lagi kita diberi pinjam nyawa dari ‘PEMILIK NYAWA’ kita… moga dengan peminjaman ini dapat kita tingkatkan lagi tahap IMAN kepadaNYA…. Apa khabar sahabat-sahabat sekalian..?? masihkah hati berada denganNYA..?? dunia tika ini telah melangkah setapak lagi kehadapan… bertanya pada hati, bagaimana kehidupan yang diimpi bagi menggarap ukhrawi yang abadi… tahun demi tahun… dunia berada di penghujung…. Tahun demi tahun juga Allah tidak jemu mentarbiyah kita… apakah kita sedar akan ini..?? sejauh mana kita mengingatiNYA dari tahun ke tahun itu..?? adakah kita ingat akn DIA..?? moga setiap detik yang kita pinjam insya’Allah digunakan dengan sebaiknya…

mohon maaf seikhlas hati pada sesiapa yang mengenali diri ini.....


...ma'assalamah...


 

Tuesday, 1 November 2011

~ rindunyeerrrrr ~

bismillahhirrahmannirrahim......
lamanya tak post ape2 kat blog nie...
rindunyeerrrr....
hmmm...
rindu juga kat family..
di sabah mahupun johor.....
perasaan ekk....
asyik2 nak rindu...
orang kata manja betul...
tp ape leh wat...
kenyataan yang dah sememangnya nyata...
hehehehehe.....
uppsss....
betul ke tu??
biarlah...
ape2 pon....
mesti hepi dalam melayari kehidupan duniawi....
senyum sentiasa..... :)

Thursday, 28 July 2011

~ BeRiNGaTLaH ~


" Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang di langit dan di bumi.
Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui(nya).
DIAlah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNYAlah kamu dikembalikan..."
(Yunus : 55-56)

Wednesday, 27 July 2011



rasa bosan.....
tapi kenapa???
adakah kerana jiwa ini kosong???
jangan kosongkan jiwa anda...
perbanyakkan zikrullah....
baru hati bersih jiwa tenang..
taklah rasa kosong...
hmmm....



Sunday, 5 June 2011

~ SeDiKiT NuKiLaN HaTi ~

Ya Allah…..
Berbicara hati melalui rasa IMAN…..
Berfikir akal melalui rasa keTAQWAan…..
Jangan dibiar nafsu MENGAWAL…..
Tapi pujuklah dengan rasa yang MENAWAN…..
Tatkala hati berbisik CINTA…..
Muncul KASIH meraguinya….
Hadir SAYANG mencemburuinya….
Hati mendambakan cinta SEHEBAT ‘Rasulullah & Siti Khadijah’….
Hati mengimpikan cinta SEINDAH ‘Yusuf & Zulaikha’…..
Hati menaruh cinta SEUTUH ‘Ibrahim & Siti Hajar’….
Tapi apakah hati ini bersedia….
Bersedia untuk memberi & menerima cinta…..
Cinta yang didamba, cinta yang diimpi, cinta yang dipertaruhkan……
Ya Allah…..
ENGKAU adalah pemilik cinta…
Janganlah Engkau lenakan aku dengan kecintaan dunia…..
Janganlah Engkau lupakan aku dengan kecintaan manusia…..
Tapi Engkau ikatlah aku dengan cintaMU…
Agar aku tidak terlupa dan terleka….


Thursday, 19 May 2011

~ Al Arqam Di Sebalik Tabir ~

 sedang melihat2 buku-buku di rumah... terbaca satu buku tentang jemaah yang mungkin jadi kontrovesi di suatu masa dulu di dlm negara kita..... mungkin smpai sekarang.... baca punya baca, celik juga minda nie tentang sesutau perkara.... hmmm... Allah mengilhamkan lagi ilmu-NYA ke dalam kotak fikiran yg kecil nie....

Judul : Al Arqam Di Sebalik Tabir
Pengarang : Ann Wan Seng
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 178  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9831002571

Walaupun sudah satu dekad pertubuhan Al-Arqam diharamkan, tetapi isu dan beberapa persoalan mengenainya masih diperkatakan dari semasa ke semasa. Masyarakat mungkin mengenali Al-Arqam sama ada pada nama atau penampilan pakaian para pengikutnya. Namun tidak ramai yang mengetahui pertubuhan itu secara mendalam, khususnya dari segi sejarah, ideologi, struktur organisasi, kehidupan sosial dan pandangan hidup para anggotanya. Justeru, buku ini ditulis dengan harapan dapat memberikan kefahaman dan maklumat mengenai pertubuhan Al-Arqam selain menjadi sumber rujukan kepada generasi yang akan datang.
Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh diketepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota Jemaahnya.
Penyertaan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam telah meletakkannya sedikit ke hadapan jika dibandingkan dengan gerakan sosioagama dan pertubuhan Islam yang lain, terutama dalam usahanya untuk mewujudkan sebuah komuniti Islam sebagai landasan ke arah pembentukan sebuah negara Islam yang menjadi kemuncak kepada perjuangannya. Meskipun apa yang dicita-citakan oleh Al-Arqam itu , tidak menjadi kenyataan selepas para pemimpin utama ditahan di bawah akta ISA tetapi asas yang dibina oleh Al-Arqam masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Organisasi Al-Arqam barangkali sudah runtuh tetapi asas perjuangannya masih lagi kental terutamanya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam.
Hal ini dapat diperhatikan melalui dua buah buku terbaru tulisan Ustaz Ashaari Muhammad mengenai Islam Hadhari dan bencana Tsunami yang masih mempertahankan segala pandangannya sewaktu memimpin Al-Arqam dahulu. Kaedah penyelesaian yang dikemukakan oleh beliau adalah sama dengan apa yang diutarakan dalam buku- buku dan tulisannya sebelum ini. Jadi, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Al-Arqam masih lagi wujud tetapi dengan wajah dan pendekatan perjuangan yang baru.
Maklumat yang dipaparkan dalam buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap seluruh aspek yang berkaitan dengan organisasi Al-Arqam. Apa yang lebih penting daripada penerbitan ini ialah khalayak masyarakat akan mengenali Al-Arqam dengan lebih dekat lagi melalui sumber yang primer, bukannya sekunder, sekaligus dapat mengetahui segala rahsia dan "misteri" yang menyelubungi pertubuhan itu selama berdekad-dekad lamanya.

Ann Wan Seng

Kandungan Buku
Bab 1: Gerakan Sosioagama Di Malaysia
Bab 2: Latar Belakang Perkembangan Al-Arqam
Bab 3: Struktur Pertubuhan Dan Kepimpinan Al-Arqam
Bab 4: Sistem Sosial Al-Arqam
Bab 5: Aknviti Ekonomi Al-Arqam
Bab 6: Al-Arqam Dan Politik
Bab 7: Al-Arqam Dan Perubahan Sosial
Kesimpulan
Epilog: Al-Arqam Selepas Pengharaman
Bibliografi
Indeks

* boleh dijadikan sebagai bahan rujukan tentang sesuatu jemaah......