Monday 7 March 2011

RaHmaT PaDa uJiaN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH......


Ujian... tidak ada orang yang boleh lari darinya. tidak ada orang yang sengaja nak menempah ujian sebab bila datangnya ujian, kita akan susah dan menderita. dan silap-silap 'gaya' kalau tidak ada kekuatan dalaman, akan hilang bahagia. sebab itu ada yang sanggup bunuh diri dan membunuh orang lain semata-mata kerana nak lepaskan diri dari ujian atau tunjuk perasaan kerana gagal dalam ujian.....




Ujian... ada macam-macam 'spesis'nya. ada yang besar, ada yang kecik. ada orang boleh lepas dari 'accident' jalan raya, tapi mungkin kena dera oleh isteri di rumah dengan 'kuliah' marathon yang berjela-jela. ada yang boleh terlepas dari kemiskinan, hartanya bergedung-gedung, tapi mungkin berpenyakit jantung. ada yang berbangga kerana namanya disanjung dek kekayaan dan pangkatnya, tapi rasa susah juga bila di uji sekelilingnya pendendam, pemarah, kedekut, penipu, korup, mementingkan diri sendiri dan lain-lainnya. pokok ceritanya, semua tak terlepas dari ujian.....




Kalau ada orang yang selalu 'miss' dengan perintah Allah, maka ujian tu sebenarnya merupakan satu 'signal' dariNYA. kot-kot kita sedar dan insaf. ada orang yang insaf dari kelalaiannya dan terus bertaubat bila ditimpa ujian. begitulah manusia, selalu terleka dan terlupa.....




Tapi ada juga yang makin diuji Allah, makin lalai dan jauh dari Allah. hakikatnya ujian untuknya itu merupakan satu bala, bukannya rahmat. kalau ujian itu rahmat, mesti dia akan perbaiki dirinya. jadi, setiap ujian yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi begitu saja. ambillah di sudut kebaikannya.....




Tapi nak jadi orang yang berjiwa kematu dengan ujian bukanlah senang. kadang-kadang terkena ujian kecik pun dah melatah. sebenarnya kita kena sedar siapa yang mendatangkan ujian tersebut. kalau kita sedar bahawa Allah yang datagkan ujian itu, taklah kita berkeluh kesah hingga hilang bahagia. yang terbaiknya kita suluh diri sendiri, mengapa Allah uji kita. apakah dosa kita yang menyebabkan Allah datangkan ujian. samada dosa dengan Allah atau dosa dengan manusia. lepas tu beristighfar banyak-banyak. mudah-mudahan redhanya kita dengan ujian tu akan mengundang pengampunan dariNYA. atau moga-moga ujian itu lebih mendekatkan lagi diri kita dengan Allah.




Beratnya ujian itu menunjukkan bahawa betapa besarnya perhatian Allah terhadap kita. sebab itu di kalangan nabi-nabi, yang paling teruk di uji adalah 5 orang rasul Ulul 'Azmi termasuk Rasulullah SAW. jesteru itu, kalau dengan kesusahan yang menimpa, iman jadi meningkat, sahlah bahawa ujian itu datang berserta rahmatNYA. untuk itu, kita patut bersyukur seperti bersyukurnya kita bila dapat rezeki durian runtuh.




Kalau kita ditimpa ujian, rasakanlah diri kita hamba yang layak disakit-sakitkan olehNYA. tapi bukanlah bermakna kita tak payah usahakan ubatnya. berubatlah, kerana Allah menggalakkan kita berusaha dan berikhtiar untuk jadikan sebab Allah sembuhkan sakit.....




Ujian..... ia ada di mana-mana. sentiasa mengekori kita. kita memang tak akan berupaya untuk lari darinya. bersedialah dengan jiwa yang kuat dan gantungkanlah harapan denganNYA yang Maha memberi Pertolongan. rahmat di sebalik ujian lebih besar dari penderitaan akibat ujian tersebut.....




wallahhu'alam.....

ma'assalamah....

No comments:

Post a Comment