Saturday 2 April 2011

~TaTKaLa TUHAN MeNCiPTa MaNuSia~

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT, yakni Adam a.s, dalam surah Al Baqarah ayat 30-38 yg bermaksud :



Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan mensucikan-Mu?" Tuhan berfirman: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (ayat 30)



Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar." (ayat 31)



Malaikat berkata: "Maha suci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana." (ayat 32)



Allah berfirman: "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukanlah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?" (ayat33)



Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam." lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir. (ayat 34)



Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan terjadilah kamu dari golongan orang yang zalim." (ayat 35)



Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa." (ayat 36)



Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani. (ayat 37)



Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka pun tidak akan berduka." (ayat 38)





* serba sedikit bingkisan dari ayat-ayat Allah..... menunjukkan bahawa betapa besar dan agungnya penciptaan-NYA..... kita hanya insan kerdil.... yg mampu di bolak-balikkan hatinya...

* hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang Dia kehendaki....




'aPa YaNG BaiK iTu DaRi ALLAH, DaN YaNG BuRuK iTu DaRi KeLeMaHaN DiRi SeNDiRi'



~wallahu'alam~


No comments:

Post a Comment