Sunday 27 February 2011

~ SePaSaNG MaTa YaNG CaNTiK ~




Hassan Al Basri sewaktu remajanya, adalah seorang bangsawan yang mewah dan suka berfoya-foya. Suatu hari ketika berjalan-jalan di Kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dengan sepasang mata yang sangat menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu. Perempuan itu sedar ada orang mengekorinya, lalu menoleh kepadanya: "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?" Hassan pun menoleh kiri kanan dan mendapati tiada siapa di situ. "Nak malu kepada siapa? Bukannya ada orang melihat," katanya. "Sekalipun pada Allah yang Maha Mengetahui khianatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada," kata perempuan itu. Hassan terkedu mendengarnya tetapi kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perempuan tersebut. "Mengapa tuan tetap mengekori saya?" "Saya tertarik pada dua matamu yang cantik." "Baik, tuan tunggulah di sini. biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahukan," kata perempuan itu.



Hassan pun menunggu dengan rasa berdebar-debar. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut saputangan. "Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan," Dengan rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati dua biji mata yang berlumuran darah. "Perempuan yang tuan ekori tadi adalah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang lelaki. Dia mengirim mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Ambillah tuan." Menggigil tubuh Hassan Basri dengan peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.



Keesokan harinya, Hassa Basri pun pergi ke rumah perempuan tersebut untuk meminta maaf tetapi menurut jiran terdekat, perempuan tersebut telah meninggal dunia kerana terlalu sedih akan dosanya. Terketar-ketar Hassan mendengarnya, rasa bagai hendak tumbang. menangislah dia selama tiga hari dirumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman Syurga. "Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tidak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan, saya akhirnya duduk mulia di hadapan Allah." Jawab Hassan, "Kalau benar engkau telah memaafkan saya, berilah saya nasihat agar menjadi orang yang soleh." "Bertaubatlah waktu tuan sedang sendirian atau ketika banyak orang. Ingatlah Allah dan zikirlah bersungguh-sungguh, pagi dan petang beristighfarlah." Hassan Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyhur kerana memiliki budi pekerti yang mulia.



Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Takut dengan murka Allah, maka sanggup dileraikan dunia (mata yang cantik) yang membawa fitnah atas kaum lelaki.



Benarnya ayat Allah.... "Tundukkanlah pandanganmu terhadap lelaki atau terhadap bukan muhrim kerana sering berlaku 'panahan syaitan' di mata."



Wallahu'alam.....




Apa yang kita dapat kongsikan bersama,
janganlah mudah tunduk kepada nafsu....


No comments:

Post a Comment