Monday 28 February 2011

~ JaDiLaH BuNGa PeNYeRi TaMaN SYURGA ~








WANITA sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga, lahirnya melambangkan suatu yang cantik., indah dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam. Adanya wanita menjadi penyambung zuriat di mayapada. Wanita solehah ibarat bunga yang berkembang mekar harum dan bersinar. Menjadi idaman sebagai penyeri suasana. Wanita yang tolehah ibarat bunga yang layu, kering dan tiada seri. Tiada siapa yang sudi. Kalau cantik pun ia, hanya umpama bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.......





Wanita solehah di zaman Rasulullah SAW seperti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah dan lain-lain telah lama meninggalkan kita., dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita-wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.......




Islam hanya memberi empat syarat untuk wanita menempah tiket untuk ke Syurga, iaitu dengan solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Hanya wanita yang memiliki hati yang beriman dan bertaqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelak akan Allah berikan di Akhirat di mana mereka ibarat BuNGa PeNYeRi TaMaN SyuRGa..........




No comments:

Post a Comment